

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear
P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap. Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak je)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik je)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. Tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear
D, anda ingin tolak ke
N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di
N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke
R.




Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear
N dari gear
D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear
R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari
D terus ke
R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.





p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:


jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.




neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.


akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj


untuk menurunkan gear dari 4 ke 3


seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu


No comments:
Post a Comment