Sedih #di pagi raya



Yehet! Ohorat! Sedih laa raya tahun nie. Selama 21 tahun saya beraya tiap-tiap tahun, saya rasa tahun nie paling tak best. Apa saya perlu buat. Maafkan saya mak dan ayah. Kami bukan anak-anak yang baik. Apa perlu kita buat mak dan ayah? Apa dah jadi mak? Pada malam raya sesuatu telah terjadi diluar jangkaan. Terima kasih kepada tukang cerita. Izfwazs zmzp wviszpz nzp. Maafkan saya dan adik-adik mak ayah. =<

Anneyo! Do come again. XoXo

Daebak! --> LYDIA - '눈,코,입(EYES, NOSE, LIPS)' COVER VIDEO

I realized that Lydia and CL sound the same when I heard the song where she featuring with G Dragon - R.O.D. Most people might think so because both of them can speak English and they kind of have the same accent. I really love this cover song by her and the English Lyrics is daebak. Actually, I'm waiting someone to sing Taeyang's song in English lyrics. Thanks YGe. Let 2NE1 do the same please. From AKMU -> Tablo -> Lydia, I love Lydia's cover song the most. Chaebal, let 2NE1 sing this song too... I want to hear how CL and Park Bom sing this song. Their voice is awesome. Please. Most of fans want it.

Anneyo! Do come again. XoXo

Z.A.C.K



Kenapa? Kenapa jumpa lagi... atau itu hanya salah tengok. Mata rabun? Ya Allah aku yakin itu dia. Tapi siapakah perempuan tue Ya Allah. Dia ke? Ini adalah kali kedua aku nampak bayangan dia... kali pertama jumpa, kenapa kaki nie gatal sangat pergi tengok. Kaki cakap 'nak make sure betul ke tak itu dia.' Urgh! Tak guna... tak payah laa. Buang masa... banyak benda lagi saya nak kne buat! Aku mohon kepadaMu Ya Allah matikanlah ingatan aku terhadap dia. Lapan tahun aku menanggung rasa sakit dalam hati... aku hanya ingin kembali kepadaMu.

#semoga aku berpeluang bertemu dengan Ramadhan seterusnya...

Anneyo! Do come again. XoXo

Jaga diri mak...

Assalamualaikum...

Kepada mak, Ramlah binti Md Damin...

Raudzah, anak kedua mak nak minta maaf. Apa saja yang saya telah lukakan hati mak. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk kita semua. Saya memang x berhak bersuara lagi. Tak nak kusutkan keadaan. Walaupun saya cakap itu ini, saya tetap sayangkan family kita. Tapi, apa saya nak buat kalau ada orang tak hargai kita? Saya buntu pikir jalan penyelesaian. Saya yakin suatu hari nanti... satu hari nanti. World will see it.
Yang benar,
Anak mak.

Anneyo! Do come again. XoXo

Jatuh Cinta pada Lagu Insooni - Burn (Madly in Love OST)

nae gwie hangsang deullyeoon moksori
nae nune maebeon geollideon eolguri
nae iben neomu dalkomhan neukkimdo
nae mame ijen moduda sarajyeoga

remember nothing neon gieokdo motae you gone away u~
you slowly fading tto heuryeojyeo ganeun ni gieogi u~
geudaero jamsiman naegyeote haruman sigani pillyohae
heuteojyeo gajima jogeumman gidaryeo nal geunyang dujima o~
apeugo apa tteonagajima ajikdo apa neowa hamkke saneun na

nal bomyeo utdeon ttatteutan misoga 
nae sone dateon iksukhan neukkimi
nal hyanghae odeon namanui balgeoreum
ijeneun eobseo sojunghan modeungeotdeul

remember nothing neon gieokdo motae you gone away u~
slowly fading tto heuryeojyeo ganeun ni gieogi u~
idaero jamsiman naegyeote haruman sigani pillyohae
heuteojyeo gajima jogeumman gidaryeo nal geunyang dujima o~

Burn it all Burn it all a~~way~
sojunghaetdeon neo swipge ichyeojyeo you gone away u~~
Remember nothing tto heuryeojyeo ganeun nae gieogi u~~
aswiun naemamdo heullyeotdeon nunmuldo sigane mutyeoga
sarajyeo gajima ireoke swipge nan neol ijeul su eobseo
apeugo apa tteonagajima ajikdo apa neowa hamkke saneun na
----------------------------------------------------------------
Your voice that I always hear in my ears
Your face that always catches my eye
The very sweet feeling in my mouth
Now they all disappear from my heart

Remember nothing
You can’t even remember
You gone away
You’re slowly fading
Memories of you are fading again

Just stay like that for a moment by my side
I just need one day
Don’t scatter away, wait a little, don’t just leave me

It hurts and hurts, don’t leave me
It still hurts, I still live with you

Your warm smile that looked at me
The familiar feeling that touched my hand
My footsteps toward you
Now they’re gone, all the precious things

Remember nothing
You can’t even remember
You gone away
You’re slowly fading
Memories of you are fading again

Just stay like that for a moment by my side
I just need one day
Don’t scatter away, wait a little, don’t just leave me

Burn it all, burn it all away

The precious you is easily being forgotten
You gone away

Remember nothing
My memories are fading again

My sad heart, my flowing tears are buried in time
Don’t disappear, don’t leave, I can’t easily forget you

It hurts and hurts, don’t leave me
It still hurts, I still live with you

Masa mula-mula tengok cerita nie, episod satu... 'best ke?'. Tiba-tiba muncul SeoHyun SNSD. 'Eh, dia nie berlakon laa...' Walaupun x minat, tertarik jugak laa nak tengok dia berlakon... stay jap depan tv. Lepas tue keluar muka hero dia. Wah! Senyuman mengancam? That's true... 

Madly In Love adalah sebuah drama menyayat hati yang mengisahkan dua pasangan bercinta yang ditakdirkan menghadapi halangan disebabkan konflik dari generasi ibu bapa mereka. Drama nie amat menyentuh hati penonton dan kisah romantis ini pastinya membuatkan semua penonton akan jatuh cinta dengan 'Madly In Love' di ONE HD.
remaja_MooYeol & YooRim
dewasa_MooYeol & YooJung
Apa yang menariknya dalam cerita nie, Kang MoYeol dulunya sukakan Han Yoo Rim - Seohyun. Tapi, YooRim mati akibat kemalangan. Bila besar Kang MoYeol ditakdirkan berjumpa dengan Han Yoo Jung adik kepada Yoo Rim. Tapi, Yoo Jung pulak dah lama berkawan dengan SooHyuk - Shim JiHo dimana dia merupakan adik tiri MooYeol. Complicated ke? Saya tau akhir sekali mesti Moo Yeol dgn YooJung kan kan kan? Kalau saya laa yang buat drama nie, saya nak YooJung dengan SooHyuk. Kesian SooHyuk... dia sepatutnya dapat cinta daripada YooJung sebabnya SooHyuk selalu ada untuk dia sedangkan MooYeol baru hadir dalam hidup dia tambah pula bekas kekasih kakak dia. Tapi, MooYeol handsome... minat sangat dengan mata dia.

Anneyo! Do come again. XoXo

Berdiam diri #menyakitkan


Orang kata kalau kita ada masalah, senang kata bergaduh dengan orang... lebih baik kita mengalah serta berdiam diri. Sudah 11 hari saya berdiam diri. Tak bercakap... nasib baik saya kerja. Kalau tak bisu laa saya... saya bergaduh dengan 'adik'. Take note #nak kata kat orang, ukur kat badan sendiri dulu. Itu yang buat orang naik gila sangat-sangat malam tue. Dia pikir dia lagi bagus. Dia kata saya duduk rumah 'tak buat apa-apa'. Ehh, sakit pulak hati 'makk'! Memang perang ke-3 pada 11 Julai 2014. Tak sangka kesan dia sangat serius. Yang sengsaranya saya. Sedih~ Rasa macam nak pergi jauh-jauh. Rasa macam nak keluar dari rumah. Nak lari jauh-jauh. Tapi... disebabkan fikiran masih waras dan ingatkan mak ayah dan adik kembar (sahaja) saya stay jugak kat rumah. Tak baikkan? Redha mak ayah penting. Mulai saat ini saya hanya ada tiga orang adik. Dah banyak kali saya bagi peluang and dia melenting perkara yang sama. Dia seorang saja yang hebat and buat semua benda kat rumah nie sampaikan sampah tak sapu, bilik tunggang langgang. Memang dia je rajin kan kan kan? Hebat! Charanda! I will not do anything after she said i'm not doing nothing start from now because I want to see whether she do more than me. Mother! You see right? Rajin laa sangat ank ke-3 tue. Urgh! Sakit hati pikir... 

#Amaran! Jangan kacau aku lagi... kalau tak *wvzgh

Anneyo! Do come again. XoXo

Berbuka puasa seorang diri #happy je



Sudah masuk 3 hari saya tolong mak sedara saya berniaga. Meriah sungguh Pekan Rabu, Langkawi. Kita dah masuk separuh bulan berpuasa. Sekejapnya. Tak best... cakap pasal berniaga, kesian tgk makcik pakcik yang berniaga tue. Ada yang berbuka puasa kat tapak berniaga. Berkejar dengan masa. Makan, solat, menjual... harap-harap rezeki mereka semua murah. Makcik, fighting! Okay... kejap je nie singgah blog. Lepas asar saya nak bersiap pergi buka kedai kasut. Sebelum tue singgah bazar beli makanan dulu... urm, nak makan chicken chop je laa hari nie. Semalam dah telan bihun sup... hehehe, alhamdulillah. Selamat menyediakan juadah berbuka semua. #prayforgaza

Anneyo! Do come again. XoXo

10 Punca Sikap Marah #Imam Al-Ghazali ~


Sifat marah mampu dihalang melalui sikap bersabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Rasulullah ﷺ. 
.
Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah, ada rumah tangga yang porak-peranda dan runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman. 

10 Punca Sikap Marah

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah: 
.
1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati. 

Kesan Marah

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya. 

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting. Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup dan malu melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. 

Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, melawan dalam senyap dan kadang kala dengan kata-kata atau kekuatan. 

Marah Terpuji

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.
Rasulullah ﷺ mengajar dalam sabdanya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” 

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah. Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. 

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. 

Anneyo! Do come again. XoXo

Panas Baran #it's me


Panas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.

Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Adakah sikap panas baran ini berpunca daripada tahap perkembangan didikan daripada ibu- bapa di rumah?

Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, itu tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Berikut adalah antara faktor yang menjadi punca timbulnya sikap panas baran itu .

Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisi.
Mengikut pengalamannnya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatnya atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk di buang.
Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan merupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh menyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.
Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan, sedangkan padanya apa yang disampaikannya itu penting.
Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabul.
Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.
Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup iaitu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.
Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada kadar yang tidak sepatutnya. Tetapi sebaliknya jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.

Adakah ia berkaitan dengan keturunan atau penyakit jiwa?

Kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma. Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus apabila ada faktor yang seumpama dengan nya berlaku. Malah ada ketikanya sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk.

Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telahpun di buat antara nenek moyang mereka dengan mahluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila perjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedah terapi Al-Quran serta rawatan Islam perlu digunakan.

Tanda-tanda seseorang itu panas baran?

Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.

Kesan buruk panas baran?

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?

Kita boleh cuba memberikah sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Kepada remaja yang mudah memberontak , perlulah belajar untuk menjadi masyarakat yang bertemadun – mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili temadun itu sendiri.

Punca Panas baran – Perilaku agresif, Gejala Sosial, Emosi, Masalah kewangan/keluarga, Ego, Tekanan perasaan, Faktor didikan, Bebanan kerja, Faktor persekitaran.

10 Risiko Individu Panas Baran – Dipulaukan masyarakat sekeliling, Jiwa kosong (murung), Hilang pekerjaan/Jawatan, Penceraian, Kemalangan, Pergaduhan, Kesalahan jenayah, Melakukan penderaan, Tekanan perasaan, Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).

Bagaimana tangani sikap panas baran?

Berikut ada beberapa tip untuk tangani sikap panas baran.

Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.
Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.
Banyakkan membaca buku-buku motivasi .
Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.
Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stress yang diakhirnya memudaratkan diri sendiri.
Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui Kunselor atau pakar psikatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “Oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas” , atau, “Oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam . Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung . Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif , “ Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.
Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaiknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.

Apakah bentuk bantuan yang boleh masyarakat atau orang sekeliling berikan kepada seorang panas baran?.

Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.
Sabar dengan mereka yang panas baran , cuba bercakap dengannya dalam nada yang perlahan lagi lembut.
Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.
Berikan dia segelas air sejuk.
Usah berada disitu, biarkan dia sendiri buat sementera. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.
Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.

Kesimpulannya

Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Anneyo! Do come again. XoXo

4 categories of boy ! #reality

Sehun_cute                                            Kai_hot
Kris_Cool                                           Lay_Funny


Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog