Ada apa dengan RM 300?

Assalamualaikum...
Tajuk mcm 'ada apa dengan cinta' je bunyi... hakhakhak, #gelak gedik. Lama dah x berceloteh kt page sendiri. #dh lama ke? Tak lah...  start bln 5 nnt aku nak simpan RM 300 sebulan, aku akan simpan sampai bulan 4 thn depan. Dapat laa dalam RM 3600. Hurm... guys, cukup x nk byr muka kereta Axia ak dh target thn dpn aku mesti ada kereta. Cadangnya bulan 9 nie nk tukar tempat kerja, nk cari tempat kerja baru. Tp, disebabkan aku nak stabilkan duit simpanan untuk kereta nie dulu, aku stay sampai tahun depan, dpt kereta baru nak cari tempat kerja baru, yang jauh sikit pun tak apa sebab dah ada kereta. Kereta nie bukan nak seronok-seronok. Memang keperluan sebabnya kami xde kereta dah bertahun-tahun guys. Ada motor je. #ala, duduk langkawii je pun. Langkawi je pun? Langkawi x kne cahaya matahari terik ke? Sayapun nak berteduh jugak mcm org yang ada kereta kat luar sana tu. Axia pun Axia laa... nak beli kereta idaman lambat lg. #honda #chevrolet Minta2 aku tak putus asa simpan duit kali nie, ak betul2 perlukan kereta. Doakan saya ! Inshaalah. Aku yakin, sebabnya aku bukan jenis org y main-main dengan kata sendiri, bila terdetik nk beli... tak pikir dh, lagipun saya bukan type yang boros. Kereta berkali-kali dah terdetik nak beli cumanya duit kena kumpul dlm jangka mangsa panjang. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Macam tak percaya je nak belii kereta atas usaha titik peluhku ! ♥♥♥♥ Axia! Wait for me... even I love Honda more than you but you're the first my care of taken.


Anneyo! Do come again. XoXo

Aku bukan pilihan hatimu #rosezaara #zulzhafran

Rose Zaara menanti kedatangan seseorang. Dia menikmati angin dan juga pemandangan laut yang luas terbentang di hadapannya. Pasir halus didudukinya. Jari jemarinya bersahaja menyentuh pasir. "Dah lama awak tunggu?" sapa Zul Zhafran. Zaara hanya mengangguk. Hatinya mula ditusuk-tusuk. Terluka. Mereka diam tanpa berkata-kata. Zhafran masih berdiri. Zaara mendongak ke arah sekujur badan yang berdiri di sebelahnya. "Kenapa tak duduk?" tegur Zaara. Seraya mendengar, Zhafran mula mengambil tempatnya. "Sorry lambat," kata Zhafran. "Cakap laa," ujar Zaara sambil senyum. "Kau okay?" tanya Zhafran. Zaara tersentak. Zhafran tidak lagi menyebut Zaara sebagai awak. "Aku okay," Zaara cuba berselindung. "Ini pertemuan terakhir kita. Lepas nie..." belum sempat Zhafran menghabiskan kata-katanya Zaara menyampuk. "Kau jangan risau. Kita tak ditakdirkan bersama. Kita bukan lagi suami dan isteri." Matanya mula bergenang. "Aku tak tau apa nak cakap lagi. Aku harap kau tak marahkan aku. Aku harap sangat kau maafkan aku." ujar Zhafran dalam nada memujuk. "Kau tak salah. Buat apa nak minta maaf... aku nie yang beria-ia nak kat kau. Tak malukan aku nie?" Zhafran ketawa kecil. "Kalau hari nie aku tanya kenapa kau yakin sangat yang kau sukakan aku, sudi tak kau jawab? Sebabnya kau dengan aku tak pernah bertegur sapa. Bertahun-tahun tak jumpa. Tapi kenapa kau masih boleh simpan perasaan kau terhadap aku?" Zhafran cuma kehairanan. Zaara berasa tidak selesa. 'Perlukah aku jawab? Dah tak penting semua tue Zhaf.' "Aku suka sebab aku suka. Aku suka tengok kau, aku sukakan perwatakan kau. Kau bijak, kau pandai berjenaka... kau bertanggungjawab. Macam mana aku tau? Sebabnya kau anak sulung. Kau ada mak dan adik perempuan yang kau harus jaga setelah ketiadaan ayah kau." Zhafran mengangguk dan bertanya "Lagi?" "Dalam bertahun-tahun kita tak berjumpa, aku tak pernah lupakan kau. Kau menyakitkan hati aku. Berkali-kali aku mendesak hati aku untuk lupakan kau. Tapi, aku tak boleh. Kau sering kali hadir dalam mimpi aku. Masa awalnya aku mimpikan yang kau tak pernah menerima aku. Walaupun aku berdiri dihadapan kau, kau buat tak endah dan pada satu malam, mimpi itu lain dari sebelumnya. Kau merangkul jari jemari aku. Saat itu hati aku terdetik mungkin Zhafran sudah menerima kehadiran aku dalam kehidupannya. Tapi aku tak sedar yang itu hanyalah mimpi. Aku cuba untuk buka hati aku untuk seseorang tapi kau akan hadir dalam tidur aku seolah-olah kau menghalang aku. Apa semua tue Zhaf? Kita jarang sekali bertemu, tetapi kau selamba masuk dalam mimpi aku. Mungkin..." Zaara tidak menyambung. Mereka mendiamkan diri agak lama. "Mungkin apa Zaara?" Zhafran bertanya. Senja mula menyapa. "Mungkin aku terlalu rindukan kau. Daripada situ aku yakin dengan perasaan aku. Aku dah jawab apa yang kau tanya. Boleh aku balik?" Zhafran tidak menjawab. Riak wajahnya seolah-olah dia memikirkan sesuatu. "Mimpi yang menunjukkan aku terima kau tue macam mana gambarannya, Zaa?" Zaara mengimbas semula. Ingatannya tidak kuat. 'Tak mungkin dia wanita yang aku selalu mimpikan. Tak mungkin. Ini semua tak masuk akal,' bisik Zhafran. Dia berasa tidak percaya. Dia harus mendengar apa yang akan diberitahu Rose Zaara. "Masa tue kau tengah buat kertas kerja kat ruang tamu. Aku duduk sebelah kau, dan tiba-tiba kau pegang tangan aku." Zhafran seolah-olah disimbah air. Mukanya pedih. Tidak percaya akan kata-kata wanita itu. Sememangnya itulah situasi yang dia juga pernah termimpi. Bezanya dia tidak pernah ditunjukkan wajah wanita yang setia berada disisinya. 'Ya Allah, perempuan yang selama nie aku cari adalah dia. Inikah jawapanMu Ya Allah? Bertahun-tahun aku menunggu.' Tiba-tiba hatinya terdetik. Nasi sudah menjadi bubur. Zhafran tidak keruan. 'Mengapa sekarang Ya Allah?' Zaara berdiri. Matahari sudah mula terbenam. Zhafran tidak bergerak sedikitpun. Zaara mula mengatur langkah demi langkah meninggalkan lelaki itu. Zhafran mula menoleh ke belakang dengan harapan Zaara akan melihatnya. Dia memarahi dirinya. Kenapa dia tidak mengejar wanita itu. Adakah wanita itu sudah dapat melupakannya? Hatinya menjerit. Dalam tidak menyedari, air mata mula mengalir. Hatinya membisik kata maaf berkali-kali. "Maafkan aku Zaara. Sudikah kau bagi aku peluang kedua?" ujarnya.

THE END.

# "Aku bukan pilihan hatimu, Zhaf. Tetapi, izinkan aku abadikan cinta dalam hatiku hanya milikmu sehingga hembus nafasku yang terakhir kerana aku yakin kau yang aku rindu. Aku doakan kesejahteraan untukmu didunia dan juga disana kelak."

Anneyo! Do come again. XoXo

To : Wawa Lala

Assalamualaikum...
Hari nie ak nk tulis khas utk adik kembar aku yang sudahpun berumur 9 tahu. Wawa, Lala... Kak Jah minta maaf dgn perilaku Kak Beton, Kak Nim dgn Kak Jah. Juga ayah dengan mak. Ya Allah. Tak terkata aku malam nie bila fikir balik. Ya Allah. Ya Allah. Keluarga kami seperti apa? Satu perkataan yang aku boleh sebut B.A.R.A.N ! Bila dah meningkat umur mereka berdua, WawaLala selalu kena marah. WawaLala selalu jgk melawan. Bila aku fikir balik, bkn salah mereka. Salah didikan daripada family rupanya. Ya Allah... kejadian malam nie memang x masuk akal. Tapi, kepada Rabiatul... please. Aku minta tolong control sikit mulut tue. Jangan cakap hebat sangat. Aku x ckp ak baik. Aku pernah jgk mrh2 depa dua tp x mcm hang. Ya Allah... Rabiatul. Hang bkn sj buat adik-adik sedih, mak ayah aku yang dengar pun sakit hati. WawaLala kongsi bilik dengan hang tp... hang buat xtau sj. Hang duduk dlm bilik then kunci pintu, bila adik nk masuk mula la melenting tak bagi... Ya Allah, kita kata adik bodoh. Tapi kita yang bodoh. Hang tutup ja laa pintu tue, depa nak masuk... masuk. Bila nak keluar ajaq depa tutup pintu balik... aku geram dengan masalah nie sangat tau dak Beton? Hari-hari jadi benda yang sama. Jom laa tukaq bilik...aku dah bosan nk marah2... adik dah jadi lembab disebabkan perbuatan kita. Ingat, Beton. Kita makin hari makin tua... mak ayah? Bayangkan kalau mak yah xdak? Adik-adik nk bergantung dgn sapa? Laa nie aku dah ketepikan kemahuan aku yang buatkan aku tunduk kat org lain, tp aku tolak... ak nk hidup dgn hampa. Buat apa kita sibuk nak sayang orang lain kalau mak ayah dgn adik-adik kurang mesra and kasih sayang antara kita. Bayangkan kalau hang ada family mentua hang, hang layan lebih daripada family sendiri. Apa perasaan masing-masing. Aku xmau, ak malu dan takut sangat. Aku syg Wawa Lala. Depa hidup dalam banyak kekurangan... aku sedaq kita yang tua kena laa tolong depa. Kalau kita sakit tua, kita ada sapa? Darah daging kita kan? Ingat laa... org yang sama darah daging dengan kita yang mula belai dan syg kita. Belum tentu sanak saudara kita akan jg kita. Walaupun aku tak suka hang, tp kita ttp x boleh lari antara satu sama lain... ak xtau nk ckp lg sbb asyik ulang benda y sama. Aku bukan org baik tp ak sentiasa nk jd baik. Boleh ka mcm tue. Kita semua ada ego yang sangat x elok. Aku penat, Ton. Aku penat. Laa nie, aku doa hang dapat belajaq kat tempat yang sangat jauh. Supaya balik jarang-jarang dan adik ada peluang untuk bebas sat. Belajaq elok-elok... aku janji aku akan cari duit banyak-banyak biaya hampa semua. If I could dgn izin Allah swt. Aku minta maaf dgn kekurangan aku sebagai kakak kedua hampa semua. Wawa Lala... kalau Kak Jah ada wang belanja lebih, Kak Jah xkn lupa hampa. Janji belajaq rajin-rajin.

Anneyo! Do come again. XoXo

Belanja family #steamboat

 Assalamualaikum...
Haiii Mr.Blogger... cuma nak bagi tau tadi org bawak family org #ayh #mak #kakak #abg ipar #hadziq #ton #wawa #lala pergi makan steambot dekat Pekan Rabu. Tak syiok laa. Tak ada tempat nak grill. Nak pergi Seoul Garden. Siapa boleh bawak saya? Please... nk pergi sangat-sangat. Rindu laa... Terima kasih Ya Allah. Kami kenyang dan juga kami selamat. Semuanya dengan izinMu Ya Allah #134
Seoul Garden, wait for me okay??? SG is the best steamboat shop !

Anneyo! Do come again. XoXo

Geli & Rimas.


Aku nak story morry sikit hari nie tentang seorang lelaki dekat tempat kerja aku. Apa yang boleh aku kata sekarang nie, aku rimas dengan dia. Sangat rimas sampaikan nak hempuk-hempuk muka dia. Sabar ada tahapnya kan? Setiap orang mesti perlukan ruang bukan? Urgh! Dia nie aku tak tau laa apa penyakit dia, start daripada dia tau aku lagi muda dari dia,bila bertembung je dalam kitchen, buffet breakfast ada je benda dia cakap. 'Kak Long senyum laa sikit.' Hello aku bukan suka menggedik okay? Then, Kak Long nie ada guest order ommelette lima. Wehh! Jangan buat lawak yang menampakkan kau tue bodoh la... GELI AND RIMAS laa. Tolong laa... ak bukan perempuan yang suka menggedik suka dipuji lelaki, yang suka diusik oleh LELAKI. Pergi mampus laa dengan watak Romeo tue! EEEEEEEEEEE... Tolong laa stop sebabnya aku dah mls nk layan kata-kata kau ke aku. Tolong! Nanti kalau aku buat muka satu sen, hang kata aku sombong, angkuh... 

Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog