Happy Birthday to Me!




Me turns 22 years old today. Aku berharap aku semakin maju ke hadapan. Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang halal. Panjangkanlah umur kami. Jauhkanlah kami daripada melakukan maksiat serta kemungkaran. Berilah kami kesihatan yang baik.

Aku nak luah perasaan sikit... aku percaya pada takdir. Akan tetapi mengapa bila orang lain dapat lebih... aku jadi iri hati? Ya Allah, aku mohon. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk buang perasaan tue. Sebab aku percaya mungkin "SUATU HARI NANTI ..."

Petang tadi aku bagi tau mak, aku nak buat bisnes kecil-kecilan. Tapi, mak tak pernah bagi kata semangat.
Aku : Mak, suruh ayah buat pondok kecikkk. Cek nak berniaga.
Mak : Tak payahlah. Laku kaa?? 

Tersentap terus hati nie. Dialog yang aku selalu dengar daripada kawan-kawan aku bila mak mereka bagi respon :
Minah : Mak saya nak berniaga.Mak : Haa... nak jual apa?Minah : Ala... nasi lemak pagi-pagi. Lepas tue petang kita jual ais kacang. Bolehkan?Mak: Buat la Minahh oiii. Mak okay je.
At least walaupun cakap kosong, bila dengar mak cakap macam tu. Leganya rasa ada orang support. Kepada mak, Raudzah hairan. Kenapa mak selalu bagi anak-anak patah semangat. Dulu masa kakak nak kahwin, mak bagi tak bagi. Mak selalu buat keputusan yang lemah dahulu. Mak tau tak betapa berharganya doa ibu untuk anak-anak. Jadi, apa Raudzah buat sekarang nie? Raudzah hilang satu-satunya supporter yang Raudzah bagi kepercayaan Raudzah kepada mak. Kalau mak tak back up Raudzah siapa lagi? Raudzah nak berbisnes. Tapi kenapa berbisnes? Raudzah ada banyak sebab. Sebabnya mak, ayah dan adik-adik. Mak dapat bayang tak?  Mak nampak tak Raudzah pergi kerja, balik kerja berkurung. No life. Raudzah penat. Hotelier tambah-tambah yang duduk kitchen, bila balik kerja nak rehat je. Sebab satu badan sakit. Itu yang Raudzah rasa sekarang nie. Sakit Ya Allah. Aku sakit. Aku tak mampu... gaji aku pulak tak berbaloi dengan apa aku buat. 800? Macam mana aku nak biaya mak ayah aku nie? Kat siapa Raudzah nak mengadu, nak ambil semangat? Kat siapa mak? Raudzah tanya nie... kenapa mak? Kenapa mak selalu cakap benda yang menjatuhkan semangat anak-anak? Kita memang orang kampung. Mak ayah sampai tak nak keluar langsung dari Langkawi. Kami tak boleh hidup macam mak dan ayah sebabnya dunia sekarang penuh pancaroba. Duit adalah segala-galanya mak. Kalau tak ada duit orang akan pijak kita. Kalau tak ada duit, kita mati sebab tak makan. Ini fakta. Raudzah perempuan mak. Raudzah tak mampu nak kerja dalam kitchen. Angkat benda berat, berdiri lebih daripada lapan jam tanpa duduk, makan tak menentu dan lari sana-sini.

Cubaan kedua, Raudzah pergi kerja tunggang motorsikal. Bila hujan lebat Raudzah redah. Raudzah takut, macam mana kalau pokok tumbang? Kilat sambar? Raudzah takut sangat-sangat. Kita tak ada kereta. Raudzah sedih. Raudzah nak beli kereta guna payslip Raudzah pun tak lepas. Nak guna mak ayah punya, langsung tak ada apa. Tak ada orang boleh bantu Raudzah beli kereta. Sedangkan family kita memerlukan. Kenapa tak ada seorang pun fikir kepentingan kereta tue? Adik balik sekolah, hujan... mak redah hujan pergi ambil. Kedua, adik kembar pulak tue. Badan besar. Mana boleh bonceng dua orang. Tak muat.

Mak... doa mak sangat mustajab bagi anak-anak. Kepada pembaca, please jangan salah faham. Aku bukan nak jadi anak derhaka. Cuma aku tak habis fikir kenapa dengan mak? Habis tue anak-anak nak buat apa bila mak dah berkata macam tue? Terus rasa down. Mak... tolong Raudzah mak.

Anneyo! Do come again. XoXo

One day #borabora

Guys... mungkin korang akan gelakkan aku. Tapi inilah kenyataan yang aku tak tahu langsung tentang kewujudan Bora-Bora Island nie... Aku nak panggil BBi la, singkat sikit nak menaip. Ya Allah, amat cantik ciptaanMu. Aku ingatkan Maldives je, rupa-rupanya ada lagi. BBi ! Tahun nie baru aku dengar tentang BBi nie. First, masa aku nak apply kerja dekat St.Regis Langkawi. Aku search mengenai St.Regis, naik laa St.Regis BBi nie. Then tadi, aku usha instagram Hanis Zaleekha dengan Hairul Azreen, dyorang honeymoon kat sana. Tak minat pun. Cuma 'ter'tengok. Tapi, ikhlas dari hati, Hanis sangat cantik. Hairul pun agak comel. Sejuk hati tengok kakak abang kita sejak dah kahwin nie. Apa-apapun tahniah. Tak percaya tengok la instagram Puan Hanis. Hehehe... Jeles siot.

Ya Allah, aku hanya bergaji RM 800/bulan. Mampu ke nak ke sana. Dalam hati nie teringin sangat. Alangkah indahnya pemandangan kat sana. Apa aku buat dalam hidup aku selama ini? #buangmasa. Teringin. Teringin. Teringin.Teringin. Teringin. Teringin.Teringin. Teringin. Teringin.Teringin. Teringin. Teringin.



Anneyo! Do come again. XoXo

#pembuangan bayi

Ya Allah... tengok tue. Apa ada dalam gambar tue? Biawak dgn mayat seorang bayi... astagfirullah! Kenapa sanggup si ibu buang bayi dia? Tak terbayang ke bila bayi tue berumur setahun, dia merangkak... senyum... merengek minta dibelai. Comelnya si bayi tue... aku dapat rasa and aku rasa mcm nak pegang je si bayi tue. Tp, apakan daya. Ibu si bayi lagi cepat buat keputusan dgn membuang si bayi ke tempat longgok sampah? Apa ke bangang si ibu tue? Bayi tue sampah ke? Kalau kau fikir bayi kau sampah, kau pun sampah. Bayi kau tue manusia. Ya Allah... aku tak terbayang apa yang si ibu pikir. Kesiannya, kalau tak nak bagi kat orang. Kau ingat kau lepas sekarang? Balasan Allah tue pasti. Mana kau nak letak muka kau kat sana nanti bila kau jumpa bayi kau semula? "Ibu, kenapa ibu buang adik masa kat dunia?" Ya Allah... aku cemburu dgn si ibu kerana berpeluang melahirkan seorang bayi. Aku teringin sangat. Aku tak ada kekasih dan tak pernah terpikir untuk mencari. Tapi keinginan utk menjadi ibu sgt kuat. Bila anak aku boleh bercakap hari-hari dia akan panggil aku "Ibu! Ibu!" Sukanya... aku cium pipi mulus dia. Aku sapu losyen kat badan dia. Suka sangat bau bayi. Bila bayi berumur nak ke satu tahun, kat situ laa bayi ada tahap kecomelan paling tinggi. Gomoiiii hari-hari laa jawabnya... comel! Sayunya bila tgk bayi tak bernasib baik tu. Kan lagi baik kalau dia membesar dalam rahim aku. Aku akan jaga dia, bila dia lahir. Tp, syg. Dia dah tak ada. Kepada ibu-ibu yang selalu sangat buang bayi sampaikan pembuangan bayi nie dah jadi hobi anak-anak Malaysia sekarang... siap sedia. Kau yang 'bangang' tak akan hidup selama-lamanya kat dunia nie. BALASAN YANG SETIMPAL dah tunggu kat akhirat kelak. Gomoiii dgn 'boya' tak malu~ tak pikir dosa, gomoiii dgn anak sendiri tak nak... inipun tak pikir dosa pergi buang pulak! Hebat! Hebat belaka! Anda semua golongan yang berani hidup saja, mati tak berani pun kan? Kalau Allah swt izinkan, biar bayi yang kau buang tu nanti buang kau pulak! Rasakan apa dia rasa... bezanya kau boleh merayu, tapi bayi kau tak boleh merayu ms kau buang dia. Anak tidak halal senang dilahirkan senang jugak dibuang, anak yang halal susah kita dapat susah jugak utk dibuang. Kepada bayi-bayi terbuang di seluruh dunia, maafkan saya sebagau hamba Allah swt yang tak mampu berbuat apa-apa bila ibu kamu membuang kamu semua. Saya minta maaf. Jumpa nanti anak-anak. Bersyukurlah kerana kamu semua pergi berjumpa dengan Allah swt terlebih dahulu dari saya dan ibu-ibu kamu.

Anneyo! Do come again. XoXo

Selamat Hari Bapa, En.Ammar!

Ayah, selamat hari bapa ayah... Terima kasih sbb lahirkan Raudzah di muka dunia nie. Terima kasih juga kepada mak. Raudzah tak berpeluang nak ucap kat ayah. Ayah tau kan mcm mana hubungan kita? Saya sayang ayah. Ayah jangan risau, saya takkan hampakan ayah, ayah dah tua. Kalau ayah sakit, Raudzah takkan tinggalkan ayah. Saya janji. Jangan tinggalkan anak-anak ayah. Kami sayang ayah dalam apa jua keadaan. Hanya kita dan Tuhan saja yang tau apa kita rasa. Jikalau ayah yang salah, Raudzah tetap back up ayah. Ayah banyak kurangnya, tapi ayahlah ayah saya. Ayah cari duit untuk saya. Mana boleh saya lupa semua tu? Ayah yang rotan saya bila saya malas belajar, sbb ayah saya berdikari, sbb ayah juga laa saya takut buat benda bukan-bukan apabila luar dari rumah kita. Terima kasih. Ayah tak besarkan saya dengan wang yang banyak, tp ayah besarkan saya syukur dgn apa yang ada.

Anneyo! Do come again. XoXo

T.I.R.E.D

Ya Allah... hari nie aku rasa penat sangat  bekerja. Kalau org lain yang kerja lain daripada bidang ak mengeluh kata dia penat... aku sikit je lagi nak gelakkan dia. Aku? Penat dia apa laa sgt dibandingkan dgn aku. Tpi, ada byk lg kerja yang memenatkan. Bidang aku nie kira salah satu laa. Pagi pukul 5.40 aku bangun, pukul 6.00 bertolak. 6.20 sampai tempat kerja, tukar baju... 6.35 aku masuk kitchen. Kadang staff (member) kerja overnight, buat kerja x lengkap. Aku datang awal, aku laa tolong angkut barang... start 6.35 pagi sampai 10.30 pagi aku berlari anak ke sana ke mari, penat nak mati pun tetap kena senyum~ Ya Allah... boleh tak korang bayangkan guest 80 orang yang jaga seorang je? Kaunter yang perlukan persediaan memasak, cth : waffle, noodle soup, ommelette, roti canai. Aku pon x percaya aku begitu power dalam multitasking nie... #hebatbelaka hotel ajar aku. Bukan tak ada orang tolong, ada~ tp kejap-kejap hilang. Kalau roti canai habis, sorang pon x nak minyakkan tangan tebar roti. Lepas tu paling aku geram sekali bila aku tebar roti, ada guest dtg minx ommelette kat dia, dia panggil aku pulak suruh buat! I hate you! Tangan hang kudung kaa? Apa ke bangang sgt? Tolong laa... ak stress gila babi sekarang nie. 10.30 habis breakfast kemas tarik troli masuk kitchen terkejar-kejar sediakan mise en place utk breakfast esok. You know what... aku tak pernah tinggal x buat satu barang pon. Tp, bila ak shift ptg, member buat tahi kat aku. Banyak gila kerja aku utk mise en place breakfast. Aku nak senaraikan

1. Condiments utk egg counter/ommelette semua ada 11 benda kena buat
2. Noodle counter ada 3 benda
3. Roti canai 1 je benda nak krna sediakan
4. Nasi lemak counter - 2 benda
5. Cold cut - 2 benda
6. Cereal - 5 benda
7. Hot dishes - FrenchToast, G.Tomato/C.Tomato, Bake Bean, Beef/Chic Sausage with potatoes, Scramble/Florentine/Fruittata Egg, Lamb/BeefStew/G.Chicken/ChickenAlaKing/MashedPotato/G.Fish/CornedBeef (7 benda!)
8. Porridge condiments - 10

LOOK! Aku usaha habiskan kerja nie dari pukul 11.00 am aku start, aku boleh habiskan paling lewat 12.30 pm. Tak percaya? Aku sendiri pun x habis pkir. LEPAS HABIS, aku lari masuk cold kitchen pulak... tengok apa x complete, salad nak kena cek, mise en place sandwich... mcm2 laa, urgh! Pukul 1.30 pm at least semua mise en place dah get ready. Order nak masuk nie... korang igt kami tunggu order je. Ak bukan orang yang reti dok saja... tak ada kerja cari kerja! Jangan bangang pergi kata dah tak ada apa nak dibuat. And seriously aku benci orang yang xsuka kemas tempat lepas dia memotong bahan-bahan. Orang kr monyet???? And hari nie dgn sukarela makhluk mana tah.. buka order baru... dengan staff x cukup. Like seriously? To : Yang Bangang... Baca elok-elok... kau orang atasan... can u imagine main kitchen yang terbahagi kepada 3 outlet, yang  bekerja hanya 3 orang? Dia laa jaga breakfast, dia laa buat mise en place... dia laa buat order. Kucar kacir bodoh. Memang kau tgk staff boleh buat BUT kami penat nak mati. Kami paksakan diri  buat sbb terpaksa, sebab bekerja sebab xnak kena marah... sebab nak elak complaint daripada guest. Asal bodoh? Kalau ada complaint, kami nak kena marah. So that is how we protect our reputation. Tapi, dalam hati... di mulut, kami mengeluh penat. Balik rumah dengan muka masam. Hotel 5*? Staff tak cukup, gaji kecikk... bonus tahunan yang dijanjikan mana? O.T tak dibayar... weiii! Manusia atas muka bumi nie bekerja mencari duit. Kerja untuk duit, nak duit kena kerja. Please... rombak semula bisnes anda (to : owner) Mmg betul pakcik tue kata "Cukup jam bekerja, balik!" Ya Allah... sakit badan, sakit hati. Redhai kehidupan hambaMu Ya Allah.

Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog