My wish for the first day in 2018

Image result for 2018 wallpaper in flower
Assalamualaikum semua... from the great day in 2018, today 1st January, I hope you guys live your life happily. Many changes will come... the past was became memories. And now I sincerely wants to write what I want this year. I almost married for one year, 12 days more to celebrate our first anniversary. But we celebrate it without our little baby. Ya ALLAH... Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, aku mohon padaMu Ya Allah... pada tahun ini kurniakanlah aku seorang cahaya mata. Ya Allah hati ini begitu perit dan pedihnya amat terasa... tatkala melihat para sahabat menzahirkan kebahagiaan mereka ketika membawa kandungan anak pertama mereka. Ya Allah tidak layakkah aku untuk menjadi seorang ibu kepada si kecil itu. Ya Allah tidak mengapa jika aku yang merasakan pahit tidak mempunyai zuriat. Akan tetapi aku ingin membahagiakan orang di sebelahku. Seorang lelaki yang sanggup menerima karenahku Ya Allah. Seorang lelaki yang membiayai kehidupanku. Bahagiakanlah suamiku Ya Allah. Ya Allah... aku moihon Ya Allah. Lahirkanlah si kecil itu di dunia ini. Aku berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih dan sayang yang tak ternilai dengan wang ringgit. Aku berharap dengan adanya si kecil itu, aku mampu mendekatkan diriku lagi denganMu Ya Allah. Ya Allah, aku masih menunggu pada saat ini. Kurniakanlah dia kepadaku. Tidak kisah sama ada bayi lelaki mahupun perempuan. Tidak kisah Raihan atau Raihanah. Janji si kecil itu mampu menapak melihat kami berdua.Ya Allah, ampunilah aku kerana bersifat tamak. Ampunilah aku Ya Allah.
Related image

Anneyo! Do come again. XoXo

Nak tunjuk gambar kahwin sikit...

Imej yang berkaitan
Hari ni entry saya biasa-biasa je. Nak throwback gambar kahwin boleh tak? boleh tak? boleh tak? Hahaha....
Imej yang berkaitan

Comel tak? Comel tak? Hahaha... Baju kahwin dan nikah semua beli kain upah jahit and ada yg pinjam daripada kak ipar. Saya buat kenduri tak semegah zaman sekarang. Saya memang betul-betul nak berjimat. Sebab saya sayangkan wang ringgit yang susah saya nak cari.






Saya tak upah cameraman pun... Saya tangkap gambar pakai phone je. huhuhu... kadang bila tengok gambar kahwin org lain, jelesnya cantik. Tapi tak pe lah... janji saya pon ada gambar secantik daripada gambar tahun 1990-an. Hahaha... 


Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog