Salam semua... nampak tak seri pengantin tue. Kekeke... alhamdulillah selamat semua walaupun sebelum hari perkahwinan tu ada kemalangan yang melibatkan kakak kepada pengantin perempuan. Nasib baik dengan izin Allah mereka selamat. Aku pun takut sebenarnya. Kami naik bas dari Langkawi ke Butterworth. Lepas tue Kak Emy dan Abang Jon datang dari Felda Gunung Bongsu jemput kami. Terima kasih banyak-banyak Makngah dan Pakngah. Service memuaskan. Nasib baik rumah makngah luas. Ya Allah ramai gila. Tidur pun kena berhimpit. Tapi aku suka sangat. Sebabnya bukan senang semua nak berkumpul kan? Family Pak Ndak Lan dengan Mak Cik Ani ja yang tak ada. Mak Ndak Dayah dalam pantang anak kedua. Mak Cik Ani pulak hantar Kak Cik Dilah sambung belajar kat Kelantan tak silap. Iyeke??? Elok kami balik pagi tu, Mak Cik Ani pergi pulak petang tu. Kami, tok, Mak Cik Nab, Pak Su Man balik awal pagi. Huhuhu... tak silap aku esok pulak kakak aku pergi rumah Mak Ngah then lusa mereka sampai Langkawi. Ya Allah... terima kasih sebab kurniakan kami family yang ramai. Kami syukur sangat. Panjangkanlah umur tok aku Ya Allah. Aku mohon.
Layan YongPal
Aku tertarik tengok YongPal pun sebab aku dah tak tau nak tengok drama apa lepas Mask dengan Hidden Identity tamat. Lagipun trailer tunjuk TaeHee duduk dalam bilik mcm ala-ala sleeping beauty buat aku tertanya-tanya and lagi satu aku tertarik dengan Tae Hee sebab muka dia memang sama dengan Jiyeon T Ara. Kim Ji Won pun ada iras mereka dua nie. And, siapa nama hero? JooWon kaa? Ekspresi muka namapak mcm YooChun pulakkkkk.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
All Kim Tae Hee did was put on thick eyeliner but now she really looks like Jiyeon.
Mask #Put on a mask and everyone will be on your side
I am seriously addicted to this show, I even rewatched all the episodes again.
Ji-Sook (Soo-Ae) goes through a difficult period, due to her father's private loan. She begins living as Eun-Ha. Eun-Ha is from a wealthy family and looks like Ji-Sook.Watak JiHyun lawak dalam drama nie. Tengok jangan tak tengok. First time tengok Soo Ae. Second time tengok drama JiHyun berlakon.
Hidden Identity 2015
Siapa dah habis tengok Hidden Identity nie? Best laa... cerita lebih kurang You're Surrounded. Tapi, kepada yang tak tengok lagiii... mesti terkejut punya tengok KiBum. See this. The difference is totally make me shocked.
No love story dalam cerita nie sebabnya heroin mati awal. Hehehe... apa-apapun cerita nie dah habis. Aku layan YongPal pulak...
Melepak tepi pantai w/ Aretyka Ika #LaSoreiPizzarie
Aku persembahkan seorang lagi kawan lapuk aku yang aku dah lost contact dengan dia lama sangat. Nama dia Atikah Nasir. #kamioqangkedahlangkawi. Dia belajar lagi. #sarawakkitak Tapi nak habis dah pun. Thanks sudi datang. Layan #cokefloat #french fries je
Nak tau tak kat mana nie? Nie laa Pantai Tanjung Rhu. Tapi, pantai nie berhadapan dengan Tanjung Rhu Resort. Cantik sangat. Rugi siapa yang datang Langkawi tapi tak pergi sini.
Kan viral gambar style macam nie sekarang nie, kami try buat tak ada la jadi sangat~
Like seriously? Aku berselfie kot. This is ma 1st time okay~ Malu doe.
Dalam malu-malu kucing tue, aku sempat jugak berposing. Rugi laa datang tempat cantik tapi tak ada gambar. Tapi sayangnya I tak pakai iPhone macam korang.
Amboiii Tkah... layan. Aku mampu peace je.
Celebrating Our Birthday!
Petang guys... petang nie aku tak sangka langsung sepupu-sepupu kesayanganku nie buat surprise party yang sangat KEBABOOM! Walaupun hujan rintik-rintik kami tetap santaiiiiii...
Okay... komen sikit please. Cantikkan even simple... but aku memang tertarik dgn kek nie. Ikhlas dari hatiiii... sedap sangat-sangat sebab kek nie tak mengundang kencing manis. Strawberiii berterabur atas kek... amboi. Ayat berterabur... strawberi je pun. Bukan serbuk Milo.
Get ready~
The story behind this...
Kami dua pupu. Berkongsi gene moyang yang sama. Kekeke ... Aku dilahirkan tanggal 10 Ogos 1993, sepupuku Syazwani pulak tanggal 11 Ogos 1993. Yang baju belang kuning tue tak sabar nak keluar dulu. So, dia awal sikit laa daripada kami berdua. Tapi, tak apa sebabnya we were born in the same year, 1993!
Aku rasa aku cun sikit, sebab tue aku besarkan gambar nie. Kuikuikui...
Then... nak dekat pukul 6, baru minah kepoh nie datang. Kawan lapuk tapi masih fresh. #mcm mana tue. Hihihi. I called her Mek Leha. Kualiti gambar nie iPhone punya standard. So, kita nak tayang sikit lagi gambar kami boleh tak?
Kami berkawan dari sekolah rendah lagi. Bila dah masing-masing habis belajar, ada yang kerja... cuti semester, waktu nie je laa dapat berkumpul. Kadang dua orang pun jadi. Hang tengok aku, aku tengok hang. #kamioqangkedah #langkawi #pantaitanjungrhu
Jom balk~ To my cousin. Thanks for making this day as a good memory. Sebabnya dah lama aku tak dapat kek birthday. Rasa macam kembar tiga pulak. Ok, bye! Next year aku punya turn sponsor kek.
Happy Birthday to Me!
Me turns 22 years old today. Aku berharap aku semakin maju ke hadapan. Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang halal. Panjangkanlah umur kami. Jauhkanlah kami daripada melakukan maksiat serta kemungkaran. Berilah kami kesihatan yang baik.
Aku nak luah perasaan sikit... aku percaya pada takdir. Akan tetapi mengapa bila orang lain dapat lebih... aku jadi iri hati? Ya Allah, aku mohon. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk buang perasaan tue. Sebab aku percaya mungkin "SUATU HARI NANTI ..."
Petang tadi aku bagi tau mak, aku nak buat bisnes kecil-kecilan. Tapi, mak tak pernah bagi kata semangat.
Aku : Mak, suruh ayah buat pondok kecikkk. Cek nak berniaga.
Mak : Tak payahlah. Laku kaa??
Tersentap terus hati nie. Dialog yang aku selalu dengar daripada kawan-kawan aku bila mak mereka bagi respon :
Minah : Mak saya nak berniaga.Mak : Haa... nak jual apa?Minah : Ala... nasi lemak pagi-pagi. Lepas tue petang kita jual ais kacang. Bolehkan?Mak: Buat la Minahh oiii. Mak okay je.
At least walaupun cakap kosong, bila dengar mak cakap macam tu. Leganya rasa ada orang support. Kepada mak, Raudzah hairan. Kenapa mak selalu bagi anak-anak patah semangat. Dulu masa kakak nak kahwin, mak bagi tak bagi. Mak selalu buat keputusan yang lemah dahulu. Mak tau tak betapa berharganya doa ibu untuk anak-anak. Jadi, apa Raudzah buat sekarang nie? Raudzah hilang satu-satunya supporter yang Raudzah bagi kepercayaan Raudzah kepada mak. Kalau mak tak back up Raudzah siapa lagi? Raudzah nak berbisnes. Tapi kenapa berbisnes? Raudzah ada banyak sebab. Sebabnya mak, ayah dan adik-adik. Mak dapat bayang tak? Mak nampak tak Raudzah pergi kerja, balik kerja berkurung. No life. Raudzah penat. Hotelier tambah-tambah yang duduk kitchen, bila balik kerja nak rehat je. Sebab satu badan sakit. Itu yang Raudzah rasa sekarang nie. Sakit Ya Allah. Aku sakit. Aku tak mampu... gaji aku pulak tak berbaloi dengan apa aku buat. 800? Macam mana aku nak biaya mak ayah aku nie? Kat siapa Raudzah nak mengadu, nak ambil semangat? Kat siapa mak? Raudzah tanya nie... kenapa mak? Kenapa mak selalu cakap benda yang menjatuhkan semangat anak-anak? Kita memang orang kampung. Mak ayah sampai tak nak keluar langsung dari Langkawi. Kami tak boleh hidup macam mak dan ayah sebabnya dunia sekarang penuh pancaroba. Duit adalah segala-galanya mak. Kalau tak ada duit orang akan pijak kita. Kalau tak ada duit, kita mati sebab tak makan. Ini fakta. Raudzah perempuan mak. Raudzah tak mampu nak kerja dalam kitchen. Angkat benda berat, berdiri lebih daripada lapan jam tanpa duduk, makan tak menentu dan lari sana-sini.
Cubaan kedua, Raudzah pergi kerja tunggang motorsikal. Bila hujan lebat Raudzah redah. Raudzah takut, macam mana kalau pokok tumbang? Kilat sambar? Raudzah takut sangat-sangat. Kita tak ada kereta. Raudzah sedih. Raudzah nak beli kereta guna payslip Raudzah pun tak lepas. Nak guna mak ayah punya, langsung tak ada apa. Tak ada orang boleh bantu Raudzah beli kereta. Sedangkan family kita memerlukan. Kenapa tak ada seorang pun fikir kepentingan kereta tue? Adik balik sekolah, hujan... mak redah hujan pergi ambil. Kedua, adik kembar pulak tue. Badan besar. Mana boleh bonceng dua orang. Tak muat.
Mak... doa mak sangat mustajab bagi anak-anak. Kepada pembaca, please jangan salah faham. Aku bukan nak jadi anak derhaka. Cuma aku tak habis fikir kenapa dengan mak? Habis tue anak-anak nak buat apa bila mak dah berkata macam tue? Terus rasa down. Mak... tolong Raudzah mak.