#pembuangan bayi

Ya Allah... tengok tue. Apa ada dalam gambar tue? Biawak dgn mayat seorang bayi... astagfirullah! Kenapa sanggup si ibu buang bayi dia? Tak terbayang ke bila bayi tue berumur setahun, dia merangkak... senyum... merengek minta dibelai. Comelnya si bayi tue... aku dapat rasa and aku rasa mcm nak pegang je si bayi tue. Tp, apakan daya. Ibu si bayi lagi cepat buat keputusan dgn membuang si bayi ke tempat longgok sampah? Apa ke bangang si ibu tue? Bayi tue sampah ke? Kalau kau fikir bayi kau sampah, kau pun sampah. Bayi kau tue manusia. Ya Allah... aku tak terbayang apa yang si ibu pikir. Kesiannya, kalau tak nak bagi kat orang. Kau ingat kau lepas sekarang? Balasan Allah tue pasti. Mana kau nak letak muka kau kat sana nanti bila kau jumpa bayi kau semula? "Ibu, kenapa ibu buang adik masa kat dunia?" Ya Allah... aku cemburu dgn si ibu kerana berpeluang melahirkan seorang bayi. Aku teringin sangat. Aku tak ada kekasih dan tak pernah terpikir untuk mencari. Tapi keinginan utk menjadi ibu sgt kuat. Bila anak aku boleh bercakap hari-hari dia akan panggil aku "Ibu! Ibu!" Sukanya... aku cium pipi mulus dia. Aku sapu losyen kat badan dia. Suka sangat bau bayi. Bila bayi berumur nak ke satu tahun, kat situ laa bayi ada tahap kecomelan paling tinggi. Gomoiiii hari-hari laa jawabnya... comel! Sayunya bila tgk bayi tak bernasib baik tu. Kan lagi baik kalau dia membesar dalam rahim aku. Aku akan jaga dia, bila dia lahir. Tp, syg. Dia dah tak ada. Kepada ibu-ibu yang selalu sangat buang bayi sampaikan pembuangan bayi nie dah jadi hobi anak-anak Malaysia sekarang... siap sedia. Kau yang 'bangang' tak akan hidup selama-lamanya kat dunia nie. BALASAN YANG SETIMPAL dah tunggu kat akhirat kelak. Gomoiii dgn 'boya' tak malu~ tak pikir dosa, gomoiii dgn anak sendiri tak nak... inipun tak pikir dosa pergi buang pulak! Hebat! Hebat belaka! Anda semua golongan yang berani hidup saja, mati tak berani pun kan? Kalau Allah swt izinkan, biar bayi yang kau buang tu nanti buang kau pulak! Rasakan apa dia rasa... bezanya kau boleh merayu, tapi bayi kau tak boleh merayu ms kau buang dia. Anak tidak halal senang dilahirkan senang jugak dibuang, anak yang halal susah kita dapat susah jugak utk dibuang. Kepada bayi-bayi terbuang di seluruh dunia, maafkan saya sebagau hamba Allah swt yang tak mampu berbuat apa-apa bila ibu kamu membuang kamu semua. Saya minta maaf. Jumpa nanti anak-anak. Bersyukurlah kerana kamu semua pergi berjumpa dengan Allah swt terlebih dahulu dari saya dan ibu-ibu kamu.

Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog