Nak beli kereta...

Hey there... aku tengah sedih nie. Hari-hari tolak satu hari (off) aku berkerja keras. Kalau kerja masuk shift pukul 7 pagi, pukul 6.20 pagi aku dah ada dekat tempat kerja. Orang lain? Aku masuk awal... kalau buffet breakfast x lengkap, aku lengkapkan. Awal pagi aku dah bersenam (tebar roti canai). Aku berdiri 8 jam.(u_u) Aku tak pernah curi tulang. Aku buat sehabis baik, cukup time aku balik. Bukan sebab aku mahu dipuji tapi aku buat untuk tolong diri sendiri dan elakkan drpd rasa ketidakpuas hati rakan sekerja sebab aku tak buat kerja. Gaji bersih aku hanya 800.00. Apa aku dapat? Berbaloi ke dengan kerja aku buat? ✘Д✘◍Balik rumah... penat. Panas... terus mandi. Lepas tue mula laa mengantuk. Kaki nie sampaikan tak boleh jijak lantai langsung semenjak bekerja dalam kitchen. Kena pakai selipar dlm rumah. Badan aku lenguh. Rasa tak selesa. Kat rumah ada anak saudara, comel. Nasib baik... dia laa pengubat penat aku. Terima kasih Ya Allah. Mak ayah makin tua. Apa aku boleh bagi dekat mak ayah. Aku ada apply tempat kerja jauh dari rumah, sbbnya disitu gajinya tinggi sikit daripada aku dapat.(´△`) Aku bukan guna duit untuk benda x berfaedah. Aku bg mak, belanja kelengkapan diri, bayar ptptn dan belanja adik-adik sikit. Sekarang musim hujan. Kalau hujan lebat pun, aku gagahkan diri naik motor pergi kerja. Aku tak takutkan hujan, yang aku takut... pokok tumbang, guruh, dan kilat. Orang pun aku takut. AKU NAK BELI KERETA. AXIA PUN JADI LAA.(ノД`) Memandang gaji hanya 800, Axia je mampu aku beli utk byr bulanannya. Aku bukan nak kereta untuk banggakan diri. KEPERLUAN OKAY! Aku ada start simpan duit... kalau masuk bln nie baru 600... tiba-tiba mak cakap nak kena bayar roadtag motor. Aku bukan nak salahkan aku ke yang nak kena bayar? Memang aku kena bayar pun. Dah tak ada org lain naik motor tue. Motor pusaka arwah tok wan. Aku sayang motor tue. Kau panjangkanlah hayat moyor tue Ya Allah. Aku tak ada kenderaan lain. Kenapa orang lain senang dapat kereta. Aku nie ssh sgt nk dpt. Mak ayah mmg tak ada duit simpanan. Satu je aku bangga, anak-anak mak ayah kalau nak apa-apa semua usaha sendiri. Ini laa sebabnya aku suruh adik aku gigih belajar, berdikari. Sebab mak ayah tak boleh manjakan anak-anak mereka dgn duit. Mak ayah dah cukup susah. Aku minta diberi peluang untuk tolong mereka berdua. Tapi... kerja aku menyakitkan. Lenguh satu badan. Macam mana aku boleh bertahan pun aku tak tau laa. Terima kasih, Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan perasaan dah hampir setahun bekerja. Aku suka kerja aku buat tapi... aku nak kereta. (#`-_ゝ-) Kau panjangkanlah umur ayah. Ayah laa hero aku. Kalau jadi apa-apa semasa aku pergi dan balik kerja, siapa lagi aku nak call selain mak ayah? Jadi... siapa-siapa yang terbaca nie... fikir-fikirkanlah berapa kali kita semua hantar mesej sayang mak, sayang ayah. #byk hantar kat pasangan masing-masingkan? Maafkan Raudzah, mak ayah. Macam mana ayah mak tgk Raudzah sekarang... ini sajalah yang Raudzah mampu balas selama mak ayah jg Raudzah. Maafkan Raudzah kerana buat mak ayah kecik hatii. Mesti ada punyalah. Hanya aku tahu baik buruk diri aku. Seseorang tak boleh menilai diri orang lain melainkan diri dia sendiri. Tuan punya badan tolong sedarkan diri anda sendiri. #sysedar

Anneyo! Do come again. XoXo

Sembang kosong, jom !

Okay isu pertama. Kes langgar kat lebuhraya Duke. Lepas kejadian tue, banyak driver Myvi ckp mereka serta merta jd mangsa ugutan rakyat Malaysia. Hello ! Kepada rakyat Malaysia yang rs diri tue dah hebat, sampaikan orang tak bersalah pun jd mangsa. Ingat-ingat. Kau tue bodoh. Kesian kat seorang kakak nie, naik Myvi bawak mak dan anak-anak diimpit dgn hamba Allah yang gila xde otak, hello! Bukan dia laa... asal bangang sgt nie. Macam nie ke umat Nabi Muhammad? Astagfirullah... #ampunkan aku Ya Allah.

Kedua, lupa plak... apa eh?

Haa... nak tanya laa. Perempuan cantik mmg dpt kelebihan ke? Ya Allah. Aku jujur aku ckp aku nie cantik xdak langsung, tp ak rajin bekerja. Ada masa aku terlepas pandang, tp bila majikan dpt tangkap... bebel marah kat aku mcm aku bakar rumah dia. Kejadian hari nie, member aku cantik. Salah dia byk, tp sikitpun tak kena marah. Padahal dia dah menyusahkan kerja aku pg td. Tuan, saya rasa saya sgt sedih sekarang nie. Apa nasib dibenci tanpa sebab? Saya buat semuanya. Tp, tak pernah dipuji. Dimarah ada laa. Saya juga manusia. Ciptaan Allah swt. Kenapa? Hodoh sgt ke saya nie? Sy kerja bermatian. Mana balasan yang setimpal dgn kerja saya. Semuanya disoal jwb di sana nanti. Kita tunggu. Kita tunggu.

Maafkan aku Ya Allah kerana ada sedikit rasa ketidakpuasan dalam hati nie. Aku sedih dgn tabiat manusia yang tak adil. Mungkin ak tak layak jd hamba depa. Be ready, don't let their son/daughter meet me. Hikhikhik #ckp sj, x sanggup nk bt x baik kat anak org.
One day, i will own my own business ! Dengan izinMu Ya Allah.

I'll let people call me boss after this. That's the best way. Hehehe

Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog