Ada apa dengan RM 300?

Assalamualaikum...
Tajuk mcm 'ada apa dengan cinta' je bunyi... hakhakhak, #gelak gedik. Lama dah x berceloteh kt page sendiri. #dh lama ke? Tak lah...  start bln 5 nnt aku nak simpan RM 300 sebulan, aku akan simpan sampai bulan 4 thn depan. Dapat laa dalam RM 3600. Hurm... guys, cukup x nk byr muka kereta Axia ak dh target thn dpn aku mesti ada kereta. Cadangnya bulan 9 nie nk tukar tempat kerja, nk cari tempat kerja baru. Tp, disebabkan aku nak stabilkan duit simpanan untuk kereta nie dulu, aku stay sampai tahun depan, dpt kereta baru nak cari tempat kerja baru, yang jauh sikit pun tak apa sebab dah ada kereta. Kereta nie bukan nak seronok-seronok. Memang keperluan sebabnya kami xde kereta dah bertahun-tahun guys. Ada motor je. #ala, duduk langkawii je pun. Langkawi je pun? Langkawi x kne cahaya matahari terik ke? Sayapun nak berteduh jugak mcm org yang ada kereta kat luar sana tu. Axia pun Axia laa... nak beli kereta idaman lambat lg. #honda #chevrolet Minta2 aku tak putus asa simpan duit kali nie, ak betul2 perlukan kereta. Doakan saya ! Inshaalah. Aku yakin, sebabnya aku bukan jenis org y main-main dengan kata sendiri, bila terdetik nk beli... tak pikir dh, lagipun saya bukan type yang boros. Kereta berkali-kali dah terdetik nak beli cumanya duit kena kumpul dlm jangka mangsa panjang. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Macam tak percaya je nak belii kereta atas usaha titik peluhku ! ♥♥♥♥ Axia! Wait for me... even I love Honda more than you but you're the first my care of taken.


Anneyo! Do come again. XoXo

Aku bukan pilihan hatimu #rosezaara #zulzhafran

Rose Zaara menanti kedatangan seseorang. Dia menikmati angin dan juga pemandangan laut yang luas terbentang di hadapannya. Pasir halus didudukinya. Jari jemarinya bersahaja menyentuh pasir. "Dah lama awak tunggu?" sapa Zul Zhafran. Zaara hanya mengangguk. Hatinya mula ditusuk-tusuk. Terluka. Mereka diam tanpa berkata-kata. Zhafran masih berdiri. Zaara mendongak ke arah sekujur badan yang berdiri di sebelahnya. "Kenapa tak duduk?" tegur Zaara. Seraya mendengar, Zhafran mula mengambil tempatnya. "Sorry lambat," kata Zhafran. "Cakap laa," ujar Zaara sambil senyum. "Kau okay?" tanya Zhafran. Zaara tersentak. Zhafran tidak lagi menyebut Zaara sebagai awak. "Aku okay," Zaara cuba berselindung. "Ini pertemuan terakhir kita. Lepas nie..." belum sempat Zhafran menghabiskan kata-katanya Zaara menyampuk. "Kau jangan risau. Kita tak ditakdirkan bersama. Kita bukan lagi suami dan isteri." Matanya mula bergenang. "Aku tak tau apa nak cakap lagi. Aku harap kau tak marahkan aku. Aku harap sangat kau maafkan aku." ujar Zhafran dalam nada memujuk. "Kau tak salah. Buat apa nak minta maaf... aku nie yang beria-ia nak kat kau. Tak malukan aku nie?" Zhafran ketawa kecil. "Kalau hari nie aku tanya kenapa kau yakin sangat yang kau sukakan aku, sudi tak kau jawab? Sebabnya kau dengan aku tak pernah bertegur sapa. Bertahun-tahun tak jumpa. Tapi kenapa kau masih boleh simpan perasaan kau terhadap aku?" Zhafran cuma kehairanan. Zaara berasa tidak selesa. 'Perlukah aku jawab? Dah tak penting semua tue Zhaf.' "Aku suka sebab aku suka. Aku suka tengok kau, aku sukakan perwatakan kau. Kau bijak, kau pandai berjenaka... kau bertanggungjawab. Macam mana aku tau? Sebabnya kau anak sulung. Kau ada mak dan adik perempuan yang kau harus jaga setelah ketiadaan ayah kau." Zhafran mengangguk dan bertanya "Lagi?" "Dalam bertahun-tahun kita tak berjumpa, aku tak pernah lupakan kau. Kau menyakitkan hati aku. Berkali-kali aku mendesak hati aku untuk lupakan kau. Tapi, aku tak boleh. Kau sering kali hadir dalam mimpi aku. Masa awalnya aku mimpikan yang kau tak pernah menerima aku. Walaupun aku berdiri dihadapan kau, kau buat tak endah dan pada satu malam, mimpi itu lain dari sebelumnya. Kau merangkul jari jemari aku. Saat itu hati aku terdetik mungkin Zhafran sudah menerima kehadiran aku dalam kehidupannya. Tapi aku tak sedar yang itu hanyalah mimpi. Aku cuba untuk buka hati aku untuk seseorang tapi kau akan hadir dalam tidur aku seolah-olah kau menghalang aku. Apa semua tue Zhaf? Kita jarang sekali bertemu, tetapi kau selamba masuk dalam mimpi aku. Mungkin..." Zaara tidak menyambung. Mereka mendiamkan diri agak lama. "Mungkin apa Zaara?" Zhafran bertanya. Senja mula menyapa. "Mungkin aku terlalu rindukan kau. Daripada situ aku yakin dengan perasaan aku. Aku dah jawab apa yang kau tanya. Boleh aku balik?" Zhafran tidak menjawab. Riak wajahnya seolah-olah dia memikirkan sesuatu. "Mimpi yang menunjukkan aku terima kau tue macam mana gambarannya, Zaa?" Zaara mengimbas semula. Ingatannya tidak kuat. 'Tak mungkin dia wanita yang aku selalu mimpikan. Tak mungkin. Ini semua tak masuk akal,' bisik Zhafran. Dia berasa tidak percaya. Dia harus mendengar apa yang akan diberitahu Rose Zaara. "Masa tue kau tengah buat kertas kerja kat ruang tamu. Aku duduk sebelah kau, dan tiba-tiba kau pegang tangan aku." Zhafran seolah-olah disimbah air. Mukanya pedih. Tidak percaya akan kata-kata wanita itu. Sememangnya itulah situasi yang dia juga pernah termimpi. Bezanya dia tidak pernah ditunjukkan wajah wanita yang setia berada disisinya. 'Ya Allah, perempuan yang selama nie aku cari adalah dia. Inikah jawapanMu Ya Allah? Bertahun-tahun aku menunggu.' Tiba-tiba hatinya terdetik. Nasi sudah menjadi bubur. Zhafran tidak keruan. 'Mengapa sekarang Ya Allah?' Zaara berdiri. Matahari sudah mula terbenam. Zhafran tidak bergerak sedikitpun. Zaara mula mengatur langkah demi langkah meninggalkan lelaki itu. Zhafran mula menoleh ke belakang dengan harapan Zaara akan melihatnya. Dia memarahi dirinya. Kenapa dia tidak mengejar wanita itu. Adakah wanita itu sudah dapat melupakannya? Hatinya menjerit. Dalam tidak menyedari, air mata mula mengalir. Hatinya membisik kata maaf berkali-kali. "Maafkan aku Zaara. Sudikah kau bagi aku peluang kedua?" ujarnya.

THE END.

# "Aku bukan pilihan hatimu, Zhaf. Tetapi, izinkan aku abadikan cinta dalam hatiku hanya milikmu sehingga hembus nafasku yang terakhir kerana aku yakin kau yang aku rindu. Aku doakan kesejahteraan untukmu didunia dan juga disana kelak."

Anneyo! Do come again. XoXo


All Right Reserved. Copyright. Raudzah's Blog